Cara Daftar RHB Bank Online

Macam mana cara daftar RHB online banking bagi tujuan memudahkan urusan perbankan online?

RHB bank merupakan salah satu bank terbaik di Malaysia yang mempunyai ramai pelanggan. RHB Bank mempunyai perkhidmatan online banking iaitu RHB Now.

RHB Now menyediakan pelbagai ciri seperti semak penyata bank atau bank statement, semak baki akaun, transfer duit, membuat pembayaran, top up, pinjaman dan lain-lain.

Bagi memudahkan pelanggan dalam urusan transaksi kewangan, RHB Bank senantiasa selalu berkembang mengikut teknologi terkini.

Bagi Anda yang berminat untuk mencuba perkhidmatan RBH Bank, sila ikuti tutorial di bawah ini:

Cara Daftar RHB Bank Online

Sila guna peranti komputer dan sambungan internet supaya proses mendaftar RHB Now boleh berjaya.

  1. Lawati https://logon.rhb.com.my
  2. Klik I Want to Register
  3. Pilih kad ATM / Debit.
  4. Bahagian (I was recommended to sign-up for Internet Banking by) tak perlu di isi. Klik Next.
  5. Masukkan 16 Digit Nombor Kad dan PIN kad ATM Anda, klik Next.
  6. Masukkan Username dan Kata Laluan Anda, pilih I Agree
  7. Masukkan Secret Word yang Anda mahu.
  8. Baca Terma dan Syarat, beri tanda tick untuk bersetuju. Klik Next.
  9. Selesai.

Cara Login RHB Bank Online

Selepas Anda mempunyai akaun RHB Now, sila ikuti langkah dibawah guna cuba log masuk.

  1. Lawati https://logon.rhb.com.my
  2. Masukkan Username, klik Next.
  3. Sahkan Secret Word jika betul dengan klik Yes.
  4. Masukkan Password, klik Login.
  5. Tahniah, Anda berjaya Log Masuk.

Cara Login RHB Bank Online di Handphone

Adakah Anda tahu bahawa perkhidmatan RHB internet banking boleh diakses melalui handphone?

RHB internet banking dapat Anda muat turun secara percuma di Google Playstore atau App Store.

Ikuti langkah dibawah untuk log masuk RHB internet banking di handphone.

  1. Download RHB Mobile Banking di App Store atau Google Playstore.
  2. Buka aplikasi RHB Mobile Banking.
  3. Masukkan Username dan Password.
  4. Selesai.

Sangat mudah jika Anda mengikuti langkah-langkah untuk mendaftar dan membuat akaun perbankan RHB dalam talian, seperti yang dinyatakan di atas.

Diharapkan maklumat yang kami kongsi boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.