Semakan Penyata Bank Rakyat Online

Penyata bank adalah ringkasan keseluruhan urus niaga kewangan akaun, yang boleh berbentuk akaun bank individu atau akaun bank perniagaan.

Data yang dilampirkan pada penyata bank adalah info aliran debit dan kredit, termasuk pemindahan duit masuk atau keluar.

Penyata bank dapat digunakan untuk pelbagai keperluan seperti beli rumah, pinjaman dan lainnya.

Sekiranya Anda memerlukan cetak statement bank Rakyat untuk salah satu keperluan diatas. Sila ikuti panduan dibawah.

Semakan Penyata Bank Rakyat Online

Semakan Penyata Bank Rakyat Online

Bagi Anda yang ingin dapatkan penyata Bank Rakyat secara online, Anda mesti mempunyai akaun berdaftar di internet banking irakyat.

Berikut kami kongsi langkah cara dapatkan penyata Bank Rakyat:

Cara Dapatkan T-PIN e-Statement Bank Rakyat

Anda perlu T-PIN untuk mendaftar perkhidmatan e-Statement di irakyat online banking.

Cara dapatkan T-PIN di mesin ATM Bank Rakyat.

  1. Pergi ke mana-mana ATM Bank Rakyat terdekat.
  2. Masukkan Kad ATM dan PIN Anda.
  3. Tekan Others.
  4. Tekan e-Statement Registration.
  5. Buat 6 digit T-PIN sementara.
  6. T-PIN siap digunakan.

Segera gunakan kod T-PIN untuk pendaftaran dalam tempoh 24 jam. Sekiranya lewat dari 24 jam, Anda mesti mendaftar semula di mesin ATM.

Cara Daftar e-Statement Bank Rakyat

  1. Perg ke www.irakyat.com.my
  2. Klik Login > Personal Banking.
  3. Pilih e-Statement.
  4. Klik e-Statement Registration.
  5. Masukkan T-PIN sementara yang telah Anda dapatkan di mesin ATM.
  6. Pilih ATM Card / Credit Card / IC.
  7. Masukkan no ATM Card / Credit Card / IC, klik Proceed.
  8. Masukkan Email dan Password.
  9. Pilih akaun e-penyata yang Anda ingin, klik Proceed.
  10. Email statement Bank Rakyat akan dihantar setiap bulan ke alamat emal Anda.

Cetak Penyata Bank Rakyat Online

  1. Pergi ke www.irakyat.com.my
  2. Klik Login > Personal Banking
  3. Masukkan Username dan Password Anda
  4. Klik e-Statement > Pilih Account/Card
  5. Pilih bulan penyata yang Anda mahu dapatkan
  6. Klik Submit/Open untuk print penyata bank

Print Penyata Akaun Bank Rakyat di ATM

Kad ATM diperlukan untuk print mini penyata bank di mesin ATM. Sila bawa kad ATM Anda dan pergi ke mana-mana ATM Bank Rakyat terdekat.

  1. Masukkan kad ATM dan PIN ATM Anda
  2. Tekan Lain-Lain Urusniaga/Other
  3. Tekan Khidmat Penyata/e-Statement
  4. Tekan Penyata Mini/Mini Statement
  5. Tekan Cetak/Print
  6. Ambil resit statement Bank Rakyat

Cara Dapatkan Penyata Bank Rakyat di Pejabat

Anda dapat print statement bank di cawangan Bank Rakyat terdekat dengan membawa buku bank atau buku simpanan.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat terdekat.
  2. Cakap ke pegawai Bank Rakyat bahawa Anda ingin cetak penyata bank.
  3. Berikan buku bank ke pegawai Bank Rakyat.
  4. Pegawai Bank Rakyat akan print penyata bank di buku Anda.

Sekarang Anda sudah tahu, macam mana nak semakan penyata Bank Rakyat online.